07 Mei 2012

Pada Sebuah Harapan.

Bukan niat untuk menjadi beban,
Tapi kadangkala rasa ingin mempunyai tempat,
Tempat untuk mengadu,
Tempat untuk melantun harap.


Aku bukan seorang sang pewira,
Yang gagah di medan dunia,
Sedangkan sang pewira pun ada juga diambil peduli,
Inikan pula aku,
Manusia biasa.


Ya,
Aku akui,
Aku wanita yang berdikari,
Aku mampu lakukan segalanya sendiri,
Tanpa kamu,
Tanpa dia,
Tanpa sesiapa.


Tapi berdikarinya aku itu,
Bukan untuk diambil kesempatan,
Bukan untuk dibiarkan aku terkontang kanting,
Bukan untuk dilepaskan bila masa,
Bukan.


Aku berdikari,
Atas dasar untuk tidak membebankan,
Tapi,
Lama-lama bila kau dah biasa berdikari,
Orang pikir kau mampu buat semuanya sendiri,
Mereka pun tidak perlu risaukan kau lagi.


Aku lihat,
Aku tenung,
Aku renung,
Rakan-rakan wanita aku yang lain,
Indahnya rasa benar-benar dijaga.


Makan minum,
Semua ditanya,
Kalau masih belum,
Datanglah sang pencinta,
Membawa segalanya.


Sakit sihat,
Semua diambil peduli,
Walau sekadar pening,
Ubat terus dibeli.


Keluar sini sana,
Semua diteliti,
Bukan kerana mengcemburui,
Tapi untuk pastikan,
Keselamatan cinta hati.


Ya,
Aku masih mampu faham jika atas dasar kesibukan,
Tidak mampu memunculkan diri,
Walau sekadar dua puluh minit dari lokasi,
Tapi,
Aku tidak boleh toleransi,
Bila tidak mampu untuk merisaukan aku,
Walau dari jauh sekalipun.


Yang aku?
Hanya mampu memerhati,
Dari sudut hati,
Terus memendam rasa.


Rasa itu memamah,
Sekeping hati yang telah sedia ada rapuh.

09 Mac 2012

Raisa - Apalah Arti Menunggu





Raisa - Apalah Arti Menunggu
Telah lama aku bertahan
Demi cinta wujudkan sebuah harapan
Namun ku rasa cukup ku menunggu
Semua rasa tlah hilang


Sekarang aku tersadar
Cinta yang ku tunggu tak kunjung datang
Apalah arti aku menunggu
Bila kamu tak cinta lagi


Namun ku rasa cukup ku menunggu
Semua rasa tlah hilang


Dahulu kaulah segalanya
Dahulu hanya dirimu yang ada di hatiku
Namun sekarang aku mengerti
Tak perlu ku menunggu sebuah cinta yang sama

02 Mac 2012

Bercinta Di Zaman High School.

Haritu tengah scroll down tweets. Tiba-tiba came across this one couple yang tengah bercinta. Tak kenal pun siapa. But looking at the boy (Lebih sesuai panggil budak tu boy kot sebab faktor umur yang masih muda), memang fuish. Tweets dia tak berhenti pasal girlfriend dia. Which is, somehow sweet. But...

BUT!

Looking at his and her tweets. I thought they were like 24 years old yang gila in love with each other and getting married in a way. Rupanya! Baru high school. Dengan cara depa dress up tu orang kata memang tak nampak macam high school lah. Tapi bercinta zaman high school ni sometimes funny bila teringat balik. Funny in the sense of kita tak pikir apa yang kita cakap, but kita just cakap apa yang kita rasa manis. True fact. Yelah, time tu lah nak give the best for partner katanya. So, I sum up all the sacrifices yang kira zaman high school paling FUIYO dia berkorban untuk aku weh lah.

1. Restu ayah bonda ku harap selalu *dendangan lagu raya*.

Saja enter frame gambar Ummi dan Abah :')

Okay. So restu parents kira memainkan peranan yang amat penting dalam relationship. Regardless walaupun relationship tu is just a friendship. Because they can always tell orang tu sesuai untuk kita ataupun tidak. Yelah, siapa makan garam dulu dia lah yang ada high blood pressure dulu kan? Eh. Tak. Okay continue. So time tu lah, parents kata "Jangan sibuk nak bercinta! Focus on your studies!". Daddy pulak kata "I don't want you to go out with that girl anymore!". Mummy pulak kata "You better sit at home and study or you will be grounded!". Ok. *angguk walaupun tak setuju*. Lepas tu malam confirm gayut dengan boyfriend atau girlfriend. "Sayang, my mom tak bagi kita couple lagi". Girlfriend pun menangis teresak-esak macam First World Problem lah kononnya. Tapi boyfriend bingkas bangun! "Tapi sayang, you jangan risau! I tetap akan stay dengan you. Forever!". Girlfriend senyum kesat air mata macam ni :')



FEW MONTHS LATER.....





Girlfriend went from being 'IN A RELATIONSHIP WITH BOYFRIEND" to "SINGLE".


*FACE PALM*



2. Credit.

Zaman high school ramai pengguna tegar Hotlink.
DiGi kebanyakannya orang cina yang suka guna.

So, zaman bercinta waktu high school, credit di dalam phone sangat crucial ya. Terutama bila waktu bergaduh dan minta dipujuk. Kalau lelaki bagi alasan "I nak call you, tapi I tak ada credit", rasa macam nak bagi tamparan wanita pun ada jugak. Dah lah merajuk, lepas tu lelaki kenalah pujuk tapi bagi alasan tak gentleman langsung. Aduhai. Antara sacrifice terbesar lah waktu high school, "Sayang, I tak ada credit lah", yang lelaki pun (kalau gentleman lah), "Oh you tak ada credit ye? Tak apa. Nanti i topupkan okay?". Tu kalau dapat yang gentleman. Kalau yang tak gentleman, "Ooh. Takde credit. Takpe lah, nanti dah top up you message I lah k". -______________-" Ok, boleh humban lelaki macam ni dalam tasik.

Kiranya, lelaki tu patut lah sanggup pergi ke kedai walaupun dah pukul 11 malam. Demi, TOPUP untuk girlfriend! Jangan lah tak ada credit tunggu sampai esok  baru nak top up semata sebab malas. T_T

Ya, TOP UP itu penting.

Sampai sekarang pun masih penting, sebenarnya.


3.  Super savers. RM 1. (Pengguna Hotlink tegar)

Okay. Zaman bila ada super savers RM 1 ni kurang ingat exact year. Tapi time tu memang berlumba-lumba orang setiap malam lah buat super savers. Lepas call sorang, call sorang lagi, call sorang lagi. Sampai pukul 6 pagi tuuuu. GILA! Haha. Pengguna Hotlink tegar mesti tahu dan mesti pernah experience zaman tu. Walaupun bukan hari hari, tapi atleast sekali mesti pernah ber-super-savers. So, couple yang bercinta zaman tu memang untunglahh orang kata kan. Sebab setiap malam confirm supersavers. Kadang-kadang tu sampai tak payah letak phone waktu tidur. Sebab RM 1 sampai 6 pagi. 6 pagi terus siap pergi sekolah. Ewahh.

So zaman tu lah, "Takpe, I korbankan waktu tidur I demi you". Amboiih. Antara pengorbanan orang bercinta di zaman high school.


Tapi sekarang?


Tengah message pun boleh tertidur. Yes!


4.  Duit makan.

Duit makan time tu kiranya untuk duit makan waktu rehat tu lah. So zaman tu mana lah dapat duit banyak sangat kan. Jadinya selalunya lelaki lah yang kena menabung dan mengikat perut demi nak keluar dengan girlfriend dia. Jadi, pengorbanan ya disitu. "I sanggup tak makan, asalkan I dapat belanja you". Kemain lagi berbicara. Manissss je. Haha. Kira tu pengorbanan paling epic lah waktu zaman high school. Kira berbangga lah orang yang dapat "Weh, boyfriend aku sanggup tak makan sebab nak belanja aku kot". Perempuan yang lain jengkel. Jeles lettew.

5.  Public transport.

Waktu tu masing masing mana boleh drive lagi kan? So kiranya pengambilan public transport amatlah diperlukan. Jadi, sewajarnya lelaki kena lah hantar perempuan balik sampai rumah walaupun dia naik public transport sekali pun. Pengorbanan lah jugak tu. Kalau dia duduk kat Klang, kena lah sanggup naik LRT sesak padat tengik dan sardin semata mata nak pastikan girlfriend dia selamat sampai ke stesyen Gombak. Walau jauh, walau padat, tanggungjawab dan pengorbanan masih perlu ada untuk memastikan girlfriend selamat sampai di rumah.

"I hantarkan you balik tau?"
"Eh, tak payah lah, jauh lah you nak balik Klang, I Gombak. Macam utara selatan. Buat susah you je".
"Demi you, utara selatan timur dan barat pun I sanggup, Timah".

*Timah senyum kesat air mata lagi :')*




Tu antara pengorbanan bercinta di zaman high school lah. Kalau bercinta di zaman universiti, lain pulak cara pengorbanannya. Tapi, as for myself. Sacrifices are necessary and play a very important role in any relationship. Without sacrifices, any relationship cannot go far. Dan pengorbanan yang dibuat, mestilah kena pastikan worth the person you sacrificed for. If its worth seeing the person you sacrificed for smiling, being happy, then even if the sacrifices is big or small, you should do it anyway.

Kalau anda lelaki yang dah habis high school, tapi anda belum tentu dapat buat pengorbanan bercinta zaman high school tu, mungkin anda belum bersedia untuk ada relationship lagi. Kerana pengorbanan di zaman universiti mungkin akan lebih epic,  and require so much more efforts. Jadi kalau yang kecil pun belum mampu berkorban. Apa lagi yang lebih besar kan?



"Regardless of we are in a high school relationship or not, those 5 things above is a kind of little sacrifices that we need from someone who is willing to do so. I just need a relationship with someone who is willing to sacrifice, not only those 5 things above. But everything. Just to be with me. Just to see me smile".


19 Februari 2012

Ikutkan Emosi? Tipikal?

Aku selak surat khabar Metro. Macam macam hal pelik yang jadi di atas muka bumi ni lately. Seriously. Kadang-kadang benda tak masuk akal pun boleh jadi. Dunia akhir zaman.

Macam ni? Geddit? Geddit?!
It's ridiculous for a father to do that to his own daughter!
Gila ke apa?! 

Tak payah lah nak tanya kenapa aku emosi sangat. Memang ah emosi kalau benda-benda yang melibatkan kasih sayang tapi tergadai semuanya disebabkan? Emosi. Memang banyak benda yang jadi kat muka bumi ni happened because of uncontrollable emotions. Mengikut pemahaman Islam memang memperakui adanya emosi negatif, tetapi bukan emosi yang tidak dapat dikawal sehingga menimbulkan kerosakan kepada dirinya dan masyarakat seperti mana satu hadith menjelaskan bahawa emosi negatif yang keterlaluan boleh membahayakan diri sendiri.

Islam tak melarang manusia mempunyai emosi yang kena pada tempatnya dan diperlukan. Even, Rasulullah S.A.W pernah mempunyai emosi marah sebab ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran. And, infact, bad and negative emotions ni adalah sifat-sifat keji yang seringkali di hasut oleh syaitan. Kiranya, syaitan tu akan membisikkan ke telinga kita, hingga membuat kita kacau. Sometimes, syaitan juga membisikkan ke dalam hati. Bila dibiarkan atau ditangani dengan cara yang salah, biasanya orang tersebut akan melakukan sesuatu diluar kawalan diri sendiri.

Tapi as for me, biarlah berpada-pada. Everything kena balance. Of course as a a normal human being kita tak akan lari daripada emotions. Kalau tak ada emotions, tak namanya lah manusia. Tapi kalau terlebih sangat pun apa celop tok?! (Pinjam drama baru TV3 punya trademark!). Tak cool lah bro kalau nak jual ikan kat pasar sebab emosi. Alright. Mesti tak faham kan? Jual ikan as in SELFISH.

Serious bro. Serious tak cool bro. Serious tak macho langsung. Serious. Like seriously. Serioushit. Dah berapa kali cakap "serious"? OH. Memang tengah serius pun, seriously. K. Stop it.

Tu lah cerita dia. Bagi aku, jangan menjadi hamba kepada emosi yang negatif ni. As in macam menjadi hamba kepada hasutan syaitan. Sebab syaitan memang suka tengok orang Islam khususnya marah, hasad dengki, menyalahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri, tuduh orang lain dengan benda yang tak pasti, dan sewaktu dengannya. Kalau benda remeh temeh kecik punya hal lagi nak marah, sakit hati, macam EEE STRESSNYA HIDUP NI KERJA NAK PENTINGKAN EMOSI KAU JE SEMATA! Capslock lagi tu. K. Marah.

Cuba kita fikir Akal VS Emosi. Mungkin lebih senang kalau ambil contoh yang paling simple. Malas nak ambil contoh bunuh diri, simbah asid dan sebagainya sebab kalau benda paling simple pun tak boleh kawal, apa lagi benda kronik! Contohnya Ali kawan dengan Fatimah. Ali selalu lah keluar dengan Fatimah. Pergi makan-makan. Jalan sana sini. Macam orang bercinta. Ali lukakan hati Fatimah. Sengaja atau tidak, hanya Ali yang mempunyai jawapannya. Fatimah rasa betul-betul terluka dengan perbuatan Ali. Ali pujuk Fatimah sehari dua. Fatimah masih tak okay. Mungkin Fatimah nak tengok effort Ali, at the same time, Fatimah mungkin can forgive but can't forget. Fatimah teruskan berdiam. Ali rasa cuak sebab dah seminggu Fatimah tak beri respond atau call atau text. Apa Ali patut buat?

EMOSI ALI

Apahal doh Fatimah ni. Dah seminggu tak contact aku. Haih. Nampak sangat dia boleh hidup tanpa aku. Seminggu tak contact pun chill je. (Once ada negative emotions and thoughts, syaitan pun memainkan peranan, hasut kat telinga, pergi ke hati). Dengan iman yang lemah, Ali bengang dengan Fatimah, dia tuduh Fatimah ada orang lain sebab seminggu dah Fatimah tak contact Ali. Tuduh Fatimah macam-macam. Padahal Ali cuak, dia takut hilang Fatimah, tapi dia ikut emosi. Dia tuduh macam tu supaya Fatimah respond, tapi dia tak tahu. Fatimah lagi kecewa dengan tindakan dia yang bertindak ikut emosi semata-mata seperti budak kecil.

AKAL ALI

Kenapa Fatimah diam? Aku takut hilang Fatimah. Apa yang aku patut buat ni? Aku kena fikir kenapa. (Ali muhasabah diri sendiri. Negative thoughts dan emotions singgah kadang kala, tapi cepat-cepat Ali ambil wuduk supaya hati Ali tak panas dan sentiasa dilapangkan dada). Dengan iman yang kukuh dan akal fikiran yang bernas lagi waras, Ali cuba pujuk Fatimah sedaya upaya. Sebab dia sedar, memang salah dia pun yang membuatkan Fatimah terluka dengan perbuatan dia. Ali masih takut, tapi ditukarkan rasa takut untuk hilang Fatimah, dengan cara mengambil semula hati Fatimah. Supaya hati Fatimah tak lari jauh daripada Ali. Ali cakap pada Fatimah, "Saya takut sangat hilang awak sebab saya dah banyak buat awak terluka dengan saya. Saya mintak maaf. Saya harap awak jangan tinggalkan saya. Saya sedih dengan apa yang saya buat, sebab apa yang saya buat boleh menyebabkan saya hilang awak".  Ali mengadu pada yang Maha Esa setiap hari, selepas dia berusaha menawan semula hati Fatimah. 

Contoh yang simple. Tapi yang simple macam ni pun ramai yang susah nak buat sebenarnya. Ramai yang lebih agungkan emosi yang didorong oleh syaitan berbanding akal fikiran yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

Pelik kan?



Because once your negative thoughts take control of you......




YOU MIGHT LOSE THE ONLY CHANCE GIVEN TO CORRECT YOUR MISTAKES JUST BECAUSE YOU PRIORITIZE YOUR NEGATIVE THOUGHTS & EMOTIONS!


Macam warning pun ada! Haha. Apa apa pun jangan biarkan emosi dan syaitan yang mengawal diri. Buang sikap suka meletakkan kesilapan di atas bahu orang lain semata-mata untuk melarikan diri daripada kesilapan diri sendiri. Buang sifat sentiasa buruk sangka dan memfitnah atau menuduh orang lain. Sentiasa muhasabah diri sendiri. Jangan fikir menggunakan hati dan emosi, nanti mati. Fikir guna akal kerana setiap perbuatan ada akibatnya. Berhenti jadi hamba kepada emosi diri sendiri. Buang ego dalam diri. Kalau masih rasa tak mampu, setiap kali rasa nak marah, nak tuduh, nak cakap perkara yang boleh melukakan hati orang yang kita sayang, nak fitnah, nak buruk sangka, ambil wuduk, dan baca doa. 

"Ya Allah, jangan izinkan emosiku, fikiranku, dan jasad ku mengikat, mencemari, dan memengaruhi kefitrahan roh titipanMu ini. Sebagai hambaMu, aku meminta padaMu, jagalah roh dariMu pada ku ini, sehingga roh ini tidak melakukan perkara yang didorong oleh syaitan, dan nafsu amarah semata-mata sehingga menyebabkan ada yang terluka dengan perbuatan atau kata-kata ku. Sesungguhnya aku ingin mencontohi peribadi Rasulullah yang sentiasa berlembut dalam segala perbuatan dan tingkah laku-Nya. Amin".



Renungkan.

17 Februari 2012

Kepada Yang Maha Mendengar.

Aku baru selesai memohon kepada yang Maha Mendengar, agar dilapangkan dada aku.

Arghhhhh!
Semak!


Semak sangat dunia aku kebelakangan ini,
Saat saat dunia paling fcuked up ni lah,
Semua benda nak jadi.


Kenapa? Kenapa?
Entah.


Time cuti macam ni,
Keluarga semua busy,
Hal masing-masing,
Yang busy business, buat untung promo sana sini,
Yang busy belajar, buat project assignment thesis sana situ,
Yang aku?


Aku pulak manusia yang tak ramai kawan,
Tapi aku peramah,
Eh macam masuk bakul angkat sendiri,
Kawan baik ada dua tiga kerat,
Sorang ke New Zealand,
Sorang busy buat muffin (AR The Annoying)
Yang lain adalah sorang dua kat Selatan Tanah Air.
Yang aku?


Time-time macam ni,
Aku memang la tak memerlukan apa-apa pergaduhan,
Rasa di-duakan segala,
Rasa macam-macam,
Macam *kehilangan kata-kata*!


Sebab aku tak ada siapa-siapa,
Dan siapa-siapa pun tak ada aku.


Aku hanya ada yang Maha Esa.
Yang Maha Mendengar,
Di situ aku luahkan,
Di situ aku tangiskan,
Di situ aku harapkan,
Di situ aku doakan.


Harap agar doa doa aku sampai kepada orang yang aku doakan.


Amin.

14 Februari 2012

Tumblr.

Follow me on Tumblr.


nadiakaera.tumblr.com













I didn't post any pictures from my personal collections, I just re-blog from others.






Because they say.......






























"A picture worth a thousand words".



14 Januari 2012

Diam.

Bubble tea aku hirup,
Duduk atas kerusi,
Mendongak ke langit,
Diam.


Sekarang aku banyak diamkan diri,
Nak tengok gelagat manusia,
Kelakar.


Aku rasa manusia sangat kelakar,
Bila kita make effort,
Diorang tak hargai,
Bila kita terluka dan diam?
Diorang tuduh macam-macam.


Bila mereka terluka dan diam?
Kita tiada menuduh,
Malah kita make effort lagi.


Bila kita tak ada perhubungan apa-apa dengan certain people,
Dan certain people tu tweet something,
Kita pulak yang menjadi mangsa,
Seolahnya kita lah yang bertanggungjawab atas segala tweet orang tu,
Kita yang tak tahu apa-apa jadi mangsa tuduhan.


Manusia memang kelakar,
Bila zaman baik,
Cuba kau tanya pencinta kau,
"Kalau I hilang, you nak buat apa eh?"
Fuish,
Kau nak tahu jawapan dia?


Pencinta kau akan kata,
"I akan cari you, sampai I jumpa you jugak. Tak kira macam mana, sebab I tak boleh hidup tanpa you",
Berbunga siot pencinta ni.


Kau tengok la nanti,
Bila tiba masa kau diam,
Dah tak ada makna dia nak cari kau sampai jumpa,
Walau lah rumah kau kurang 30 minit daripada rumah dia,
Peduli apa dia?


Dia tuduh kau macam-macam,
Mesti dia kata kau ada perempuan / lelaki lain,
Bukan dia nak tengok kenapa sebab kita diam,
Sebab kita terluka dengan perangai dia ke?
Sebab kita nak focus exam ke?
Sebab-sebab lain ke?


Dia tahu,
Kau diam,
Kau tetap salah.


Walaupun kau diam tu sebab terluka dengan perangai dia,
Dengan harapan,
Bila kau diam dia akan make effort?
Pirraaaaaah.
Takda maknanya weh.


Kalau dia diam memang lah kau akan make effort.
Ni engkau kot?
Siapa kau?
Kau buat lah effort banyak mana pun,
Peduli apa dia?


Lihat sejauh mana tuduhan,
Doa kepada Tuhan,
Agar dimakbulkan impian,
Untuk membuktikan kebenaran.


Walau tidak hari ini,
Satu hari, pasti.










Aku terus diam.
Hati terus sakit.






Amin.